JoM BaCe EntRy ni SeMua

Saturday, October 20, 2012

Belajar Tweening dan Button


hai...Assalamualaikum...entry kali ni EA nak share cm ne nak wat tweening....memandangkan sem ni EA ade  blajar buat bnde ni,so xde mslah untk EA share ngan kawan2x smua...

ANIMASI TWEEN MENGGUNAKAN MOTION GUIDE
Animasi Tween menggunakan Motion Guide adalah satu cara di mana pergerakan objek adalah mengikut aliran garisan.
1.      Buka fail baru.

FFile > New > Flash File (action script2.0) > OK




2.      Save fail anda sebagai motion_guide.fla.
3.      Namakan layer 1 sebagai ‘Background’. ‘Double clik’ dekat layer 1 untuk menukar nama layer.
4.      Bagi menukar warna background, klik pada stage dan lihat pada properties di bawah dan klik pada kotak warna sebelah paparan ‘background’.
Menghasilkan Symbol
1.      Tekan ‘Insert Layer’ untuk layer seterusnya untuk membuat symbol . Namakan layer tersebut dengan ‘Symbol’.

2.      Hasilkan satu objek di atas stage di layer symbol (saya gunakan rectangle tool untuk          menghasilkan kotak hijau).
1.      Select keseluruhan objek yang baru dihasilkan tadi.
Klik Menu          Convert to symbol (F8) untuk menukarkan objek tersebut kepada symbol.


3.      Nama symbol anda (cth: kotak pink) dan tukarkan behavior kepad graphic.
      Symbol ‘kotak hijau’ akan disimpan di dalam Library (F11).
1.      Symbol ‘kotak hijau’ tersebut berada di dalam Frame 1. Apa yang kita perlu lakukan seterusnya ialah meletakkan satu keyframe di frame 20.
2.      Klik kanan pada Frame 20 dan pilih ‘Insert KeyFrame’ daripada menu yang dipapaprkan. Jika kita lihat pada Timeline terdapat titik hitam satu di Frame 1 dan satu di Frame 20.
3.       Klik kanan pada Frame 1 dan pilih ‘Create Motion Tween’ untuk menghasilkan animasi. Satu bar biru bersama anak panah kecil akan muncul daripada Frame 1 hingga ke Frame 20 menandakan terdapatnya motion tween.

frame20

1.      Klik pada Frame 1 dan alihkan symbol ‘kotak hijau’ ke sebelah kiri stage. Kemudian, klik pada Frame 20 dan alihkan symbol ‘kotak hijau’ ke sebelah kanan stage.






1.      Anda boleh cuba animasi anda menekan ‘Enter’ atau ‘Cntrl+ Enter’.



 Mencipta Motion Guide


1.      Klik pada ikon ‘Add Motion Guide’. Kita akan dapati satu layer baru Motion Guide tercipta di timeline.
1.      Klik pada ‘Pencil Tool’ dan lukis satu garisan berliku di stage.
2.      Klik pada Frame 1. Alihkan symbol ‘kotak hijau’ supaya bahagian tengah kotak hijau ini melekat kepada pangkal garisan.
1.      Klik pada Frame 20. Alihkan kotak hijau agar ia melekat pada hujung garisan.
1.      Cuba animasi anda menekan ‘Enter’ atau ‘Ctrl+ Enter’.
2.      Anda akan mendapati bahawa pergerakan kotak hijau mengikut laluan garisan yang dilukis sebentar tadi.
SSELAMAT MENCUBA ~ saya budak baru belajar~ 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...